Khairuddin tidak faham Johor - Utusan Malaysia

Khairuddin tidak faham Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 29 Dis. – UMNO negeri menyifatkan tindakan pemimpin Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyampaikan surat terbuka kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai tidak memahami Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor.

Pengerusi UMNO negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, ini kerana peranan dan tanggungjawab institusi diraja Johor itu sudah jelas dinyatakan.

HASNI MOHAMMAD
HASNI MOHAMMAD 

Menurut beliau, malahan rakyat negeri ini secara umum­nya juga tidak mempunyai se­barang masalah dengan peranan institusi berkenaan dalam hal-hal berkaitan pentadbiran ne­geri.

“Rakyat negeri ini tidak ada masalah dengan pembabitan Sultan mahupun Tunku Mahkota Johor dalam pentadbiran negeri, cara hidup mahupun suasana kemasyarakatan.

“Jadi jelas tindakan itu me­nunjukkan mereka (PH) ti­dak faham peranan serta tang­gungjawab Sultan dan Tunku Mahkota Johor, kita di Johor tidak pernah

KHAIRUDDIN ABU HASSAN
KHAIRUDDIN ABU HASSAN 

mempersoalkan peranan dan kehadiran institusi diraja,” katanya kepada pem­berita selepas menghadiri pro­gram Larian Tok Uban 2018 di Taman Suria di sini hari ini.

Baru-baru ini, Khairuddin yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Komunikasi dan Mobiliti PH mencadangkan agar Tunku Ismail turun daripada singgahsana dan menyertai politik sepenuh masa.

Beliau berkata, Tunku Ismail juga tidak sepatutnya ber­se­lindung di belakang Perlem­bagaan apabila rakyat boleh di­kenakan tindakan undang-un­d­ang sekiranya menjawab tohmahannya secara kritis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×