Ketua MI6 beri amaran kepada Rusia - Utusan Malaysia

Ketua MI6 beri amaran kepada Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 3 Dis. – Ketua Agensi Perisikan Luar (MI6) Britain memberi amaran kepada Rusia agar tidak memandang rendah kemampuan dan kesungguhan mereka mendedahkan kelakuan jahat yang dibuat negara berkenaan.

Menurut Alex Younger atau dikenali sebagai C, negara tersebut mengambil kesempatan terhadap garis samar antara ruang siber dan dunia fizikal menyiasat institusi dan keselamatan Britain.

“Rusia atau negara lain yang berniat menjatuhkan cara hidup, jangan memandang rendah atas dedikasi dan kemampuan kami atau rakan sekutu,” katanya dalam ekstrak ucapannya yang dikeluarkan awal oleh Pejabat Luar Negara.

Ucapan awam itu akan dibuat pada pelajar Universiti St Andres, Scotland merupakan kali kedua dalam tempoh empat tahun Younger menjadi C.

C juga akan memberi maklum balas London dan sekutunya yang mana menyalahkan Moscow terhadap serangan senjata kimia di Salisbury pada Mac lalu. – AFP

Habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN