Ketua adat Luak Jelebu terus dipertikai - Utusan Malaysia

Ketua adat Luak Jelebu terus dipertikai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU 17 Dis. – Kedudukan Dato’ Menteri Sah Mang­ku Alam Raja Sari, Ismail Mohd. Zain sebagai ketua adat Luak Jelebu terus dipertikaikan berikutan kononnya satu pe­ngumuman penting akan dibuat oleh beliau pada Khamis ini di Telapak Waris Kemin dekat sini.

Waris Maharaja Inda, Ahmad Razin Aminudin berkata, surat jemputan mengenai pengumuman itu telah pun diedarkan atas nama Berhan Ujang yang mendakwa diri­nya sebagai Dato’ Maharaja Inda walaupun kedudukannya tidak sah kerana perca­lon­annya pernah ditolak oleh Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan kerana tidak mengikut giliran Perut.

Katanya, tindakan Ismail menggunakan nama Berhan adalah ber­­tentangan de­ngan keputusan Dewan Ke­adilan dan Undang bahawa pe­nyandang rasmi Dato’ Maharaja Inda ialah Mohd. Nordin Mansor dari Perut Bemban.

“Pemasyuran Mohd. Nordin yang juga persara tentera telah pun disahkan oleh Dewan Keadilan dan Undang dan diterima oleh semua Dato’ Lembaga yang hadir kecuali Ismail dalam majlis kerjan pada 28 Julai lalu.

“Apa tujuan Berhan memanggil semua Dato’ Lembaga kononnya Dato’ Menteri akan memaklumkan sesuatu pada majlis yang tidak dinyatakan dengan jelas itu. Lebih baik beliau berterus terang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, Berhan pernah dipecat oleh anak buah dan sebahagian besar ibu soko kerana membelakangkan mereka dan kini sekali lagi membuat sa­lah laku de­­ngan bertindak sebagai Dato’ Maharaja Inda.

Katanya, beliau percaya perbuatan oleh kumpulan yang kecewa itu adalah tindak balas selepas semua Dato’ Lembaga Delapan yang sah menerima permakluman rasmi bahawa hak adat dipulangkan kepada Luak Jelebu.

Tambahnya, kuasa Lembaga Adat Jelebu (Tiang Balai) akan menentukan salah laku Dato’ Menteri yang mana Dato’ Lembaga yang kanan dan bertanggung jawab memanggil sidang khas meng­adili kes itu ialah Dato’ Ombi Pangkal Maharaja Lela, Kadim Kidam.

Sementara itu Dato’ Shah Bandar, Mohd. Rathi Shamsuddin menyifatkan langkah sumbang kumpulan yang kecewa itu hanya akan mengeruhkan suasana dan bukan mahu menjernihkan.

Ismail Mohd. Zain

Ahmad Razin

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×