SAUDARA PENGARANG,BELANJAWAN 2019 yang dibentangkan baru-baru ini jelas membuktikan bahawa kerajaan bukan sahaja mementingkan pembangunan negara semata-mata namun turut menitikberatkan kesejahteraan rakyat. Berpandukan tema “Negara Wibawa, Ekonomi Dinamik Dan Rakyat Sejahtera”, kerajaan telah memperkenalkan Dana Perlindungan Kesihatan Nasional B40 yang akan bermula pada 1 Januari 2019. Ia bertujuan memberikan perlindungan percuma membabitkan empat jenis penyakit kritikal utama sehingga RM8,000 dan maksimum 14 hari pendapatan gantian semasa rawatan hospital pada kadar…









