KUALA LUMPUR 19 Dis. – Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengekalkan pengakuan tidak bersalahnya atas 17 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dan gagal mengemukakan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), lima tahun lalu. Pengakuan tersebut direkodkan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan ketika sebutan kali pertama di Mahkamah Tinggi di sini hari ini. Terdahulu, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan yang dilantik menjadi Timbalan Pendakwa…










