Kes curi motosikal tinggi di Iskandar Puteri - Utusan Malaysia

Kes curi motosikal tinggi di Iskandar Puteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 30 Dis. – Kes membabitkan kecurian motosikal merupakan antara jenayah paling tinggi direkodkan dalam kawasan pentadbiran Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri di sini sepanjang tahun ini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, laporan kes kecurian motosikal yang diterima pihaknya dalam tempoh itu iaitu sebanyak 401 kes berbanding 336 kes direkodkan tempoh sama tahun lalu.

Menurutnya, kawasan yang menjadi tumpuan ialah di Gelang Patah, Kangkar Pulai dan Nusa Bestari.

“Justeru, saya menasihatkan orang ramai supaya memberi lebih perhatian kepada keselamatan motosikal masing-masing terutama di kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan panas,” katanya kepada pemberita dalam Program High Community Policing peringkat IPD Iskandar

Puteri di sini sebantar tadi.

Dzulkhairi berkata, kes jenayah membabitkan lain-lain kecurian turut menyaksikan peningkatan daripada segi bilangan kes.

Tambahnya, kes kecurian lain seperti kecurian dalam pasar raya meningkat sebanyak 25 kes kepada 174 bermula Januari sehingga 29 Disember tahun ini berbanding 149 kes dilaporkan dalam tempoh sama pada tahun lalu.

“Secara keseluruhan kes jenayah di sekitar kawasan IPD Iskandar Puteri masih lagi terkawal dan ia masih merupakan kawasan yang selamat untuk didiami,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×