Kerajaan rumus rang undang-undang kesamarataan jantina untuk wanita - Utusan Malaysia

Kerajaan rumus rang undang-undang kesamarataan jantina untuk wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia komited bagi menjamin wanita memperoleh hak asasi manusia dan kebebasan asas.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, dalam merealisasikan komitmen itu, kerajaan sedang berusaha ke arah merumus satu rang undang-undang kesamarataan jantina sebagai pelaburan kepada negara dalam banyak peringkat.

“Komitmen ke arah meningkatkan wakil kepimpinan wanita dalam kerajaan jelas terbukti dengan sejumlah perlantikan menteri-menteri kabinet kanan.

“Pada masa sekarang, kita mempunyai lima menteri wanita (17.86 peratus) daripada 28 menteri dan empat Timbalan Menteri wanita (14.81 peratus) daripada 27 Timbalan Menteri,” katanya ketika berucap merasmikan The Big Tulip Summit – Women in Business, Industry and Government Programme di sini selama dua hari mulai hari ini.

Program berkenaan bertemakan The Power of Purpose, Positivity and Resilience dianjurkan oleh Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business, Universiti Utara Malaysia (UUM). – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN