Kerajaan perlu haramkan surat sokongan - Latheefa Koya - Utusan Malaysia

Kerajaan perlu haramkan surat sokongan – Latheefa Koya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Dis. – Kerajaan perlu mengharamkan amalan tidak bermoral yang dilakukan oleh menteri dan pembantu mereka berikutan mengeluarkan surat sokongan untuk ahli parti masing-masing bagi mendapatkan kontrak kerajaan.

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Latheefa Koya berkata, amalan sedemikian boleh disamakan dengan gejala rasuah bertentangan dengan etika urus tadbir, sekali gus menafikan hak rakyat terutama mereka yang lebih layak memenangi sesuatu kontrak kerja.

Kenyataan beliau itu merujuk kepada tularnya satu surat daripada Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, Romli Ishak yang didakwa menggunakan kepala surat Pejabat Timbalan Perdana Menteri untuk menyokong sebuah syarikat membida kontrak membekalkan makanan di sebuah sekolah di Sabah.

“Harus diingat surat itu dikeluarkan di bawah kepala surat Timbalan Perdana Menteri sendiri, pemimpin kedua tertinggi yang terpilih di negara ini. Di manakah janji perubahan yang selalu dilaungkan oleh Pakatan Harapan (PH)?

“Kami mendesak Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Kabinet segera mengumumkan pengharaman surat sokongan kepada ahli-ahli parti oleh menteri, setiausaha politik dan pembantu rasmi mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN