Kerajaan negeri bantu kembalikan semula kegemilangan The Red Giants - Utusan Malaysia

Kerajaan negeri bantu kembalikan semula kegemilangan The Red Giants

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 15 Dis. – Kerajaan negeri akan memberi sokongan penuh kepada Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin, dalam usaha baginda membawa pasukan The Red Giants kembali muncul kuasa bola sepak disegani di peringkat tempatan dan Asia.

Serentak dengan itu, Pengerusi Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd. Khairuddin Othman berkata, keputusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menjalinkan kerjasama pintar dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang dimeterai semalam adalah langkah tepat.

“Saya melihat langkah terbaru FAS ini mencerminkan usaha gigih Presidennya, Tengku Amir Shah bagi membawa Selangor kembali muncul sebagai kuasa bola sepak disegani di dalam negara dan rantau Asia.

“Justeru, saya mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pihak, memberi sokongan penuh dan mengulangi pendirian kerajaan negeri untuk berkerjasama rapat dengan baginda dalam misi mengembalikan era kegemilangan bola sepak negeri ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam FAS memeterai perjanjian persefahaman (MoU) bersama UiTM, dengan universiti bertindak membuat penyelidikan dalam bidang sains sukan manakala dapatannya pula akan digunakan oleh FAS untuk meningkatkan prestasi pemain. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN