Keputusan Nurul Izzah dihormati - Shamsul Iskandar - Utusan Malaysia

Keputusan Nurul Izzah dihormati – Shamsul Iskandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Dis. – Keputusan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar meletakkan jawatannya dalam parti secara mengejut perlu hadapi dengan tenang oleh ahli-ahli PKR agar tidak menjejaskan parti itu.

Ketua Cabang PKR Jasin, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin berkata, meskipun keputusan Nurul Izzah itu bukan sesuatu yang diharapkan, namun tetap perlu dihormati

“Saya yakin Nurul Izzah akan sentiasa mengutamakan kerangka besar perjuangan reformasi sebagaimana yang beliau teladani semenjak dari tahun 1998 lagi.

“Meskipun keputusan beliau bukanlah sesuatu yang kita nantikan, namun ketetapan tersebut harus dihormati dan tidak sama sekali memadamkan semangat perjuangan beliau dan seluruh akar umbi PKR untuk terus mara ke hadapan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN