KUALA NERUS – Kementerian Pendidikan akan memainkan peranan sebagai peneraju utama bagi membangunkan Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) yang bakal menjadi pengikat kesepakatan jati diri penuturnya dalam konteks budaya dan aspirasi bahasa. Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, KSBM akan dihasilkan dengan bantuan pakar bahasa dan agensi berkaitan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia dan institusi pendidikan tinggi (IPT). “Kerangka ini amat penting bagi memastikan bahasa…










