Kemelut dalam parti ini hanya sementara - Ahmad Zahid - Utusan Malaysia

Kemelut dalam parti ini hanya sementara – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap kepada ahli-ahli partinya supaya tidak panik susulan tindakan beberapa ahli Parlimen dan pemimpin parti itu yang keluar daripada UMNO sejak kelmarin.

Menerusi catatan dalam laman Twitter beliau hari ini, Ahmad Zahid menganggap apa yang berlaku itu merupakan harga yang terpaksa dibayar untuk kembali kepada perjuangan UMNO yang sebenar.

Beliau juga menyifatkan kemelut yang berlaku itu hanya bersifat sementara dan tidak menjejaskan sokongan daripada akar umbi.

“Ahli-ahli UMNO tidak perlu panik. Ini mungkin harga yang terpaksa kita bayar, bila kita ingin kembali kepada perjuangan UMNO yang sebenarnya untuk memartabatkan agama dan bangsa.

“Biarpun terdapat ahli yang tinggalkan Umno, kita percaya ia tidak menjejaskan dokongan akar umbi. Ini bersifat sementara,” katanya.

Selepas beberapa ahli UMNO Sabah mengumumkan keluar daripada parti itu kelmarin, hari ini turut menyaksikan beberapa lagi ahli Parlimen UMNO melakukan tindakan sama antaranya Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN