KUALA TERENGGANU 4 Dis. – Pemilik kebun pisang merupakan antara tiga yang ditahan bagi membantu siasatan kematian seorang lelaki di Kampung Tebakang, Bukit Payong di Marang petang semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner (ACP) Fazlisyam Abdul Majid berkata, turut ditahan dalam tangkapan antara pukul 5 petang hingga 11 malam di sekitar Bukit Payong adalah anak saudara kepada pekebun itu yang berusia 15 tahun dan rakan mangsa, 37, dengan…










