KUALA LUMPUR 18 Dis. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy menjadi sasaran kemarahan warganet berikutan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim. Media sosial sejak malam tadi turut dipenuhi desakan agar menteri yang ditugaskan menjaga perpaduan itu meletakkan jawatan. Warganet yang meluahkan rasa kesedihan atas pemergian Muhammad Adib yang cedera parah akibat dipukul perusuh di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya bulan lalu mendakwa, Waytha…










