KOTA BHARU – Peristiwa anak-anak termasuk menantu sakit terkena sihir menjadi antara dugaan besar yang dialami keluarga Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob selepas beliau dilantik ke jawatan itu. Perkara itu didedahkan oleh isterinya, Datin Siti Zabidah Ab. Hamid dalam program Bicara Tokoh anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK) di sini hari ini. Siti Zabidah berkata, dugaan yang berlaku antara penghujung 2014 hingga awal 2015 itu bagaimanapun dapat dihadapi dengan…










