KOTA BHARU 3 Dis. – Peristiwa anak-anak termasuk menantu jatuh sakit terkena ilmu sihir menjadi antara dugaan besar yang dialami keluarga Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob selepas beliau dilantik memegang jawatan itu. Perkara tersebut didedahkan isterinya, Datin Siti Zabidah Ab. Hamid dalam program Bicara Tokoh anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK) di sini hari ini. Siti Zabidah, 58, berkata, dugaan yang berlaku antara penghujung 2014 hingga awal 2015 itu bagaimanapun…










