Kelab motosikal mampu jadi duta kecil Malaysia - Utusan Malaysia

Kelab motosikal mampu jadi duta kecil Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Kelab-kelab motosikal tempatan yang menganjurkan program konvoi ke luar negara diharap dapat bersama-sama memainkan peranan mempromosikan budaya masyarakat negara ini.

Saranan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya yang menganggap peranan kelab-kelab motosikal sama seperti duta kecil yang  membawa nama negara.

“Dalam kita mengadakan program jelajah bermotosikal ke negara asing, kita bukan sahaja dapat memahami dan mempelajari budaya masyarakat tempatan di sesebuah negara.

“Namun sebagai rakyat Malaysia, kita juga boleh memperkenalkan dan mempromosi budaya masyarakat kita kepada mereka,” katanya.

Abu Bakar berkata demikian selepas majlis pelepasan konvoi bermotosikal berkuasa tinggi Jelajah Asia Tenggara (Laos) anjuran Kelab BMW Motorrad Malaysia di Glenmarie, di sini hari ini.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Presiden Kelab BMW Motorrad Malaysia, Norhizam Bahaman dan timbalannya, Erwan Zafry.

Dalam pada itu, Abu Bakar turut menasihatkan peserta konvoi berkenaan supaya memastikan keselamatan masing-masing serta mematuhi peraturan jalan raya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN