Kecewa tuduhan Exco terhadap jeti nelayan - Utusan Malaysia

Kecewa tuduhan Exco terhadap jeti nelayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 3 Dis. – Kira-kira 40 nelayan Kampung Hailam, Tanjung Kling di sini melahirkan rasa kecewa dengan tindakan seorang Exco kerajaan negeri membuat laporan polis dengan menuduh Jeti Tanjung Kling yang digunakan mereka sebagai jeti haram.

Laporan polis itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri, Norhizam Hassan Baktee pada 30 November lalu di Balai Polis Tanjung Kling, di sini.

Pengerusi Kesatuan Nelayan Pangkalan Tanjung Kling, Abu Bakar Jaapar, 63, tindakan Norhizam yang menuduh jeti nelayan di sini sebagai lokasi pendaratan pendatang asing tanpa izin (PATI) serta barang-barang seludup dari luar sangat tidak berasas.

“Sebagai kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat, beliau seharusnya meneliti terlebih dahulu dakwaan tersebut sebelum membuat laporan polis.

“Tindakannya ini bukan sahaja memburukkan imej nelayan tetapi boleh menjejaskan aktiviti ekonomi nelayan serta penduduk setempat yang bergantung hidup sebagai nelayan dan peniaga kecil di kawasan jeti itu,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini petang ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN