KUALA LUMPUR 3 Dis. – Anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, kini lebih pantas memberi tindak balas kepada orang sekeliling walaupun masih tidak dapat bertutur kerana organ dalamannya lemah selain mulutnya dipenuhi beberapa wayar mesin sokongan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mohamed Farid Md. Rafik berkata, keadaan Muhammad Adib yang paling baik setakat ini namun masih dikategorikan dalam keadaan kritikal memandangkan dia masih memerlukan sokongan mesin. “Masuk…










