KUALA LUMPUR- Meskipun tidak berjaya merangkul piala Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018, kerajaan tetap akan menghargai penat-lelah skuad Harimau Malaya. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim berkata, pihaknya masih dalam proses mempertimbangkan jenis insentif yang akan diberi. “Pemain-pemain menampakkan satu prestasi yang cukup hebat dalam perlawanan sepanjang AFF Suzuki 2018. “Kita sedang mempertimbangkan galakan atau insentif yang akan diberikan. Ia akan diumumkan dalam masa terdekat…










