KUANTAN 14 Dis. – Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di daerah ini pagi ini meningkat kepada 376 orang daripada 100 buah keluarga berbanding 194 orang daripada 54 keluarga malam tadi. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri, Zainal Yusof berkata, sebanyak tujuh pusat pemindahan sementara dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Cherating, SK Sungai Ular, SK Sungai Karang, SK Kempadang, SK Beserah, SK Sungai Isap Murni dan Dewan Orang Ramai Balok.…