Jualan tanah kepada KWSP hampir selesai - Utusan Malaysia

Jualan tanah kepada KWSP hampir selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Malaysian Resources Corporation Bhd. (MRCB) pada Jumaat lalu mengumumkan bahawa syarat-syarat terdahulu (CP) bagi penjualan tanah di Bukit Jalil kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah dipenuhi dengan sewajarnya berdasarkan kepada Perjanjian Langganan Pemegang Saham (SSA).

Macquarie Research dalam nota kajiannya berkata, SSA telah menjadi tidak bersyarat mengikut terma dan syarat yang terkandung di dalamnya.

Pada Mac lalu, MRCB mengumumkan bahawa KWSP melalui subsidiarinya, Tanjung Wibawa Sdn. Bhd. (TWSB) akan mengambil alih 80 peratus kepentingan dalam pembangunan syarikat Bukit Jalil Sentral yang lebih dikenali sebagai Bukit Jalil Sentral Property (BJSP).

Cadangan transaksi itu melibatkan kos sebanyak RM1.43 bilion kepada KWSP.

Pada 31 Mei tahun lalu, RHB Investment Bank Berhad bagi pihak Lembaga Pengarah MRCB mengumumkan bahawa MRCB, Rukun Juang Sdn. Bhd. (RJSB), TWSB dan BJSB telah memasuki SSA.

RJSB dan TWSB secara bersama akan melabur dalam syarikat bertujuan khas iaitu BJSP bagi tujuan membangunkan tiga bidang tanah pajakan seluas 30.81 hektar. Kesemua tanah itu terletak di Petaling. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN