JPJ tahan lima kenderaan Thailand - Utusan Malaysia

JPJ tahan lima kenderaan Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 03 Dis – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menahan lima buah kenderaan dari Thailand yang dipercayai tidak mematuhi permit edaran antarabangsa (ICP) di pos kawalan Cabang Empat Salam, Rantau Panjang semalam.

Timbalan Pengarah JPJ negeri, Mohd. Apandi Jusoh berkata, operasi khas tersebut dijalankan selepas pihaknya serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengesan terdapat sindiket tertentu membawa kenderaan dari Thailand melalui pintu masuk di sempadan-sempadan dengan menggunakan dokumen serta permit palsu bagi memohon ICP.

Beliau berkata, pihaknya mengesan mereka terlibat itu menggunakan dokumen-dokumen seakan-akan tulen yang diperlukan untuk mendapatkan ICP.

“Apabila disemak dokumen itu merupakan dokumen palsu. Kita merujuk kepada Jabatan Pengangkutan Darat Thailand dan pihak mereka turut mengakui wujud sindiket yang menjalankan pemalsuan dokumen tersebut.

“Sehubungan itu dalam operasi khas ini kita mengesan lima buah kenderaan Thailand tidak mematuhi ICP tersebut. Kelima-lima kenderaan itu telah diambil tindakan dengan dihalang memasuki negara ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambahnya, dalam operasi khas itu bermula pada pukul 10 pagi, seramai 20 pegawai dan anggota JPJ negeri terlibat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN