MARANG – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu telah menyediakan barangan keperluan asas dan makanan yang mampu menampung sehingga 35,000 mangsa pada satu-satu masa sepanjang musim tengkujuh ini. Timbalan Pengarah JKM Terengganu, Norazaman Ab. Manaf berkata, stok keperluan asas dan makanan itu bukan sahaja mencukupi untuk mangsa banjir di negeri ini malah berupaya untuk disalurkan kepada negeri-negeri jiran yang turut terjejas dengan bencana itu sekiranya memerlukan. “Kita telah membuat persediaan awal…










