Jenazah Allahyarham Zainuddin akan dibawa ke rumahnya - Utusan Malaysia

Jenazah Allahyarham Zainuddin akan dibawa ke rumahnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG 14 Dis. – Jenazah bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Tan Sri Zainuddin Maidin akan dibawa ke rumahnya di Presint 10, Putrajaya malam ini.

Jenazah kini masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang dan akan dibawa pulang selepas urusan di sini selesai manakala urusan pengkebumian pula akan dilakukan pada esok.

Terdahulu, Allahyarham Zainuddin meninggal dunia di hospital tersebut kira-kira pukul 6.20 petang tadi.

Sebelum ini, bekas Menteri Penerangan itu telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya pada 13 November lalu selepas dilaporkan terjatuh di rumahnya di Presint 10, Putrajaya.

Zainuddin yang lahir pada 26 Jun 1939 di Kota Kuala Muda, Kedah memulakan kerjayanya sebagai pemberita sambilan Utusan Melayu di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951 sebelum dilantik sebagai pemberita tetap 10 tahun kemudian dan berpindah ke ibu negara.

Allahyarham dilantik sebagai ketua pemberita sehingga tahun 1971 dan dinaikkan pangkat kemudiannya sebagai pengarang berita antara tahun 1972 hingga 1975. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×