Jemaah solat Jumaat terkentut - Utusan Malaysia

Jemaah solat Jumaat terkentut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Adakah sah solat Jumaat jika seorang daripada 40 jemaah terkentut sebelum selesai solat?

Jawapan: Solat Jumaat mestilah dilakukan secara berjemaah dengan bilangan minimum 40 orang. Jika benar berlaku bahawa seorang makmum daripada 40 jemaah terkentut semasa solat, maka solat Jumaat itu dikira tidak sah.

Bagaimanapun, bilangan solat Jumaat menjadi perbezaan pendapat ulama sehingga terdapat 15 pendapat. Kita di Malaysia berpegang kepada mazhab Syafie yang menyatakan bilangan jemaah hendaklah 40 orang termasuk imam. Ada pendapat menyatakan dua orang Muslim sudah memadai untuk mendirikan solat Jumaat.

Dalam hal ini, sewajarnya kita berpegang dengan pendapat mazhab Syafie. Jika ada masalah hendaklah dirujuk kepada jabatan agama dan majlis fatwa untuk membuat ijtihad.

Contohnya, orang Muslim yang berada di kawasan pedalaman hanya ada 30 jemaah untuk solat Jumaat. Begitu juga dengan pekerja pelantar minyak yang hanya ada 38 Muslim. Maka keputusan akan dibuat sesuai dengan suasana dan keadaan ketika itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN