JDT tidak hormati proses perundangan - Asmirul - Utusan Malaysia

JDT tidak hormati proses perundangan – Asmirul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) menyifatkan tindakan kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mengumumkan Muhammad Akhyar Abdul Rashid sebagai pemain baharunya sebagai tidak menghormati undang-undang.

Pengumuman itu dibuat menerusi laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers semalam.

ASMIRUL
ASMIRUL 

Setiausaha Kehormat KFA, Mohd. Asmirul ­Anuar Aris menegaskan, tindakan JDT itu adalah tidak wajar kerana isu tersebut masih dalam peringkat perbincangan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Selain itu, kata beliau, JDT juga tidak pernah mengadakan rundingan dengan pihaknya berhubung isu pemain muda tersebut.

“Kita tiada masalah untuk melepaskan Akhyar tetapi biarlah ia dilakukan dengan cara dan proses yang betul,” katanya ketika dihubungi di Alor Setar semalam.

Mohd. Asmirul menjelaskan, isu pampasan yang dibangkitkan KFA juga belum lagi selesai kerana pihaknya bercadang untuk membawa perkara itu untuk diadili di Mahkamah Timbang Tara Sukan.

“Justeru, saya menganggap tindakan JDT ini adalah tidak menghormati proses undang-undang,” ujarnya.

Semalam, Pengarah sukan JDT, Martin Prest dalam Facebook, Johor Southern Tigers mengesahkan pihaknya sudah menandatangani Akhyar selama empat tahun de­ngan memasukkan klausa pelepasan perpindahan bernilai RM12 juta ke atas kontrak bintang Harimau Malaya itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×