Jawatankuasa tapis bekas pemimpin UMNO - Mukhriz - Utusan Malaysia

Jawatankuasa tapis bekas pemimpin UMNO – Mukhriz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Jawatankuasa yang ditubuhkan bagi meneliti dan menapis permohonan keanggotaan bekas pemimpin UMNO untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengambil kira pandangan ahli di peringkat akar umbi dalam membuat keputusan, kata Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir.

Beliau yang mempengerusikan jawatankuasa itu berkata mendapatkan maklum balas bahagian terlibat adalah langkah pertama yang dibuat kepimpinan parti apabila ada wakil rakyat pembangkang menyatakan hasrat secara tidak rasmi untuk menyertai Bersatu.

“Ada sebahagiannya boleh menerima kerana dia fikir, dia akan mendapat wakil rakyat dalam bahagian dia walaupun semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) mereka bertelagah kerana mereka datang daripada parti lawan,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual semasa Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.

Pada masa sama, Menteri Besar Kedah itu turut mengakui terdapat juga bahagian yang membantah penerimaan anggota Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada UMNO berikutan faktor kesalahan yang dilakukan individu terbabit.

“Walaupun tiada laporan secara rasmi (daripada pihak berkuasa), orang macam ini tidak boleh diterima kerana bimbang budaya tidak baik dibawa ke dalam Bersatu,” katanya. – Bernama 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×