Jati syukur himpunan ICERD dibenarkan - Utusan Malaysia

Jati syukur himpunan ICERD dibenarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Pertubuhan Jalur Tiga Malaysia (Jati) hari ini menzahirkan kesyukuran berhubung kebenaran yang diberikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap perhimpunan aman menolak ratifikasi Kovensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Presidennya, Dr. Mohd. Fauzi Shaffie berkata, sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pihaknya amat menyokong perhimpunan aman tersebut demi mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

“Perhimpunan ini penting demi mempertahankan Perlembagaan Persekutuan daripada diceroboh orang luar yang tidak memahami sejarah dan keunikan masyarakat di negara ini.

“Perlembagaan itu dibentuk atas sifat tolak ansur dan muafakat melindungi rakyat tanpa mengira kaum sejak 1957 dan inilah formula terbaik dalam menyatukan semua bangsa,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Oleh itu, Mohd. Fauzi menyeru kepada seluruh rakyat di negara ini yang prihatin dengan kesejahteraan dan keharmonian negara supaya memastikan perhimpunan ini berlangsung dalam keadaan aman damai. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN