BUTTERWORTH – Jasad mendiang Chin Hsien Loong yang maut dalam tragedi letupan gas di pusat beli-belah CityOne Megamall di Kuching, Sarawak Selasa lalu selamat disempurnakan melalui proses pembakaran. Upacara pembakaran mayat telah disempurnakan sekitar 12.45 tengah hari di Pusat Krematorium Berapit di sini, sambil disaksikan oleh kira-kira 200 anggota keluarga terdekat dan sahabat mendiang bagi memberikan penghormatan terakhir. Terdahulu, upacara keagamaan telah dijalankan di tempat kediaman mendiang di Taman Kimsar,…










