Jangan harap dapat sambar Maguire - Puel - Utusan Malaysia

Jangan harap dapat sambar Maguire – Puel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pengurus Manchester United, Jose Mourinho dinasihatkan supaya tidak membuang masa untuk berusaha membawa pemain Leicester City, Harry Maguire pada musim perpindahan Januari depan.

The Red Devils telah mengemukakan tawaran ke atas Maguire pada musim panas lalu selepas pemain pertahanan tengah itu beraksi cemerlang dalam kempen Piala Dunia bersama skuad England.

Bagaimanapun, Maguire membuat keputusan kekal di Leicester dan menyambung kontraknya selama lima tahun dengan nilai £20 juta (RM106 juta).

Situasi itu menambah keyakinan pengendali The Foxes, Claude Puel bahawa Maguire, 25, akan terus bersama mereka meskipun United masih cuba untuk mendapatkannya Januari depan.

“Semuanya masih belum terjamin, tetapi saya rasa Harry telah membuat keputusan untuk kekal bersama kami awal musim ini dan beraksi buat semusim lagi.

“Dia gembira dengan kami dan dia sedar kualiti yang ada dalam pasukan ini serta misi pasukan ini.

“Harry adalah seorang pemain yang berharga dan amat penting buat kami untuk terus mengekalkannya supaya dapat meneruskan impian kelab ini.

“Saya rasa kami tidak berdepan masalah untuk mengharungi baki saingan musim ini kerana kami memiliki skuad yang bagus,” jelas Puel. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN