Jabatan audit tegur kementerian - Utusan Malaysia

Jabatan audit tegur kementerian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pengangkutan merupakan dua pihak yang ditegur berkaitan isu-isu bersifat punitif (yang bukan dikenakan hukuman) seperti yang terkandung dalam Laporan Audit Tahunan 2017 Siri 2 yang dikeluarkan semalam.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad berkata, teguran tersebut bukan hanya melibatkan dua kementerian tersebut tetapi turut melibatkan kementerian lain.

“Kementerian lain pun ada isu-isu punitif tetapi boleh saya katakan setakat ini, dua kementerian itu (yang diberi tumpuan). Bila saya katakan isu-isu punitif, ia bukan bermaksud kesalahan itu telah dibuktikan, tetapi perlu ada siasatan lanjut.

“Kalau melibatkan ke­cuaian penjawat awam, siasatan akan dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, dan kalau melibatkan pihak ketiga sama ada kontraktor, konsultan dan sebagainya, ia akan disiasat oleh pihak berkuasa lain,” katanya pada sidang akhbar selepas membentangkan laporan itu di Bangunan Parlimen di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN