KUALA LUMPUR- Bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim menafikan dakwaan dana berjumlah RM22 juta telah digunakan Yayasan Tabung Haji untuk aktiviti yang mempunyai kecenderungan politik seperti dalam satu laporan polis oleh Tabung Haji Jumaat lalu.
Sambil menyifatkan laporan tersebut berniat jahat, Azeez berkata, dana tersebut bukan daripada wang deposit, sebaliknya zakat keuntungan pelaburan dan wang sumbangan pelbagai pihak yang digunakan untuk program Ziarah Kasih tahun lalu.
“Setiap tahun Tabung Haji ada keluarkan dana untuk memberi bantuan kepada golongan asnaf.
“Pada tahun lalu, Tabung Haji ada RM7 juta untuk diagihkan, selanjutnya wang daripada pelbagai pihak termasuk UMNO Malaysia, syarikat-syarikat korporat dan kerajaan Persekutuan,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini tengah hari tadi. – K! ONLINE










