Institut Air Malaysia sasar kemasukan 300 pelajar tahun depan - Utusan Malaysia

Institut Air Malaysia sasar kemasukan 300 pelajar tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Institut air pertama negara yang ditubuhkan di negeri ini pada 8 Oktober lalu, Institut Air Malaysia (MWI) menyasarkan kemasukan kumpulan pertama seramai 300 pelajar pada tahun depan.

Pengarahnya, Datuk Saroni Judi berkata, sebagai permulaan, MWI akan memulakan tiga kursus diploma sepenuh masa di bawah Kementerian Pendidikan iaitu Diploma Rawatan dan Operasi Air, Diploma Bekalan dan Operasi Air serta Diploma Pengurusan Air dan Bahan Buangan.

Jelasnya, pengajian tersebut akan dilaksanakan di kampus induk Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) di Bukit Sebukor di sini.

“Kita sasarkan kemasukan maksimum sebanyak 300 pelajar bagi ketiga-tiga kursus sepenuh masa itu tahun depan yang terbahagi kepada empat kumpulan bagi setiap kursus,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara KYM STES dan PBAR di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau memberitahu MWI dikendalikan oleh KYM Strategic Training and Event Solutions Sdn. Bhd. (KYM STES) dengan kerjasama Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Resources Sdn. Bhd. (PBAR).

Pada majlis tersebut, Saroni mewakili KYM STES manakala PBAR diwakili Pengarahnya, Datuk Jaseni Maidinsa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN