‘Inilah Majlis Peguam yang akan pertahan Perlembagaan’ - Utusan Malaysia

‘Inilah Majlis Peguam yang akan pertahan Perlembagaan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Agak di luar dugaan, keputusan pemilihan exco Majlis Peguam bagi penggal 2019/2020 yang berlangsung hujung minggu lalu telah menarik minat ramai rakyat Malaysia.

Bukan sahaja kerana Siti Kassim turut mencuba nasib, tetapi Majlis Peguam sendiri terlibat memanaskan suhu politik di media sosial apabila banyak mengeluarkan kenyataan dalam isu berkepenti­ngan.

Namun, ‘suara’ mereka se­perti membawa agenda kelompok tertentu sekali gus menjadi sasaran

ZAINUL RIJAL ABU BAKAR
ZAINUL RIJAL ABU BAKAR 

kritikan umum selain meresahkan sebahagian besar ahlinya yang berjumlah 19,000 yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Jika sebelum ini berkaitan isu perundangan syarie, terbaharu pula kenyataan Majlis Peguam yang menyifatkan Konven­syen Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sebagai tidak bertentangan Perlembagaan Persekutuan.

Banyak peguam geleng kepala tidak bersetuju apabila melihat kenyataan itu dikeluarkan. Jus­teru apa yang boleh diharapkan daripada perubahan barisan kepemimpinan Majlis Peguam ini?

Ketika diajukan soalan ini kepada Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, beliau memberi gambaran inilah badan peguam yang akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Semua ini, kata beliau, adalah hasil daripada kesedaran khususnya orang Islam dan Melayu. Selain mempertahankan Perlembagaan, Majlis Peguam juga, kata Zainul Rijal, diharap “tidak membuat tindakan atau suara yang bertentangan de­ngan kepentingan orang Melayu Islam dan agama negara itu sendiri,”.

Beliau yang berada di luar negara ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam, mengakhiri perbualan dengan menegaskan: “Saya mahukan badan peguam betul-betul menegakkan Rule of Law iaitu kedaulatan undang-undang, tidak memihak atau non partisan dan mempertahankan Perlembagaan.”

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN