Imigresen tahan 53 PATI termasuk GRO - Utusan Malaysia

Imigresen tahan 53 PATI termasuk GRO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Jabatan Imigresen Selangor menahan 53 pendatang asing tanpa izin (PATI) selepas menggempur dua lokasi berasingan masing-masing di Petaling Jaya dan daerah ini semalam.

Penahanan kesemua PATI berusia 18 hingga 48 tahun itu hasil pemeriksaan terhadap 128 warga asing dalam operasi selama empat jam bermula 11.30 malam.

Pengarah Imigresennya, Mohamad Shukri Nawi berkata, serbuan pertama dilakukan di sebuah pusat hiburan tujuh tingkat di Petaling Jaya di sini yang kebanyakan merupakan gadis pelayan pelanggan (GRO).

Katanya, semasa serbuan dilakukan didapati GRO tersebut cuba melarikan diri serta bersembunyi di atas bumbung bangunan premis.

“Bagaimanapun, usaha mereka gagal selepas pusat hiburan tersebut telah dikepung oleh pihak kami.

“Hasilnya, kita berjaya menahan 37 PATI termasuk 30 GRO melibatkan pecahan 25 warga Vietnam, Bangladesh (7), China (2) dan masing-masing satu dari Thailand, Indonesia dan Laos,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

gro
GRO yang cuba bersembunyi di atas bumbung bangunan premis gagal apabila dapat dikesan oleh anggota penguat kuasa.

 

Jelas beliau, serbuan kedua dilakukan di sebuah pangsapuri 10 tingkat di dalam daerah ini dengan memeriksa 63 unit rumah.

Ujarnya, menerusi pemeriksaan itu telah berjaya menahan 16 PATI termasuk dua wanita yang terdiri daripada warga India (9), Indonesia (6) dan Pakistan (1).

“Kesemua PATI yang ditahan didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) atas kesalahan tidak memiliki permit yang sah dan tinggal lebih masa.

“Selain itu, didapati mereka juga melanggar Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN