Hulkenberg 'tidak senang' kehadiran Ricciardo - Utusan Malaysia

Hulkenberg ‘tidak senang’ kehadiran Ricciardo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE – Pemandu Formula Satu (F1) Renault, Nico Hulkenberg memberi amaran kepada rakan sepasukan baharunya, Daniel Ricciardo supaya tidak terlalu selesa dengan kedudukan sebagai pemandu No. 1 pasukan itu pada musim depan.

Sebagai rekod, Hulkenberg telah mengharungi tahun terbaiknya selepas berjaya mengutip 69 mata, sekali gus berada di kedudukan ke-7 keseluruhan dalam kejuaraan pemandu dunia musim ini di belakang pemandu-pemandu daripada pasukan Mercedes, Ferrari dan Red Bull.

Namun Hulkenberg mengakui, keputusan mengejut Ricciardo berhijrah daripada Red Bull untuk menyertai Renault pada musim depan membuatkan dirinya ‘tidak senang duduk’.

“Saya tidak mempunyai masalah untuk bersaing dengan Ricciardo dan tidak gentar dengan statusnya sebagai bekas pemandu pasukan Red Bull.

“Mungkin ini adalah peluang untuk saya keluar daripada zon selesa dan memberikan cabaran sengit kepadanya walaupun kami mewakili pasukan sama.

“Apa yang pasti, saya amat gembira dengan kehadirannya dalam pasukan ini. Ketika ini, saya hanya boleh berharap agar dapat diberikan jentera yang berdaya saing untuk cabaran musim depan,” kata pelumba kelahiran Jerman itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN