SEPANG 13 Dis. – BIARKAN sahaja Malaysia dan Singapura berunding mengenai isu tatacara baharu Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) bagi Lapangan Terbang Seletar memandangkan pakar teknikal kedua-dua negara akan bertemu pada Januari ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berrkata, Malaysia telah menyatakan sebab-sebab dan tampil dengan sebuah video bagi menjelaskan kedudukannya, yang dianggap sebagai ‘‘amat jelas’’. ‘‘Saya rasa cukuplah dengan apa yang diperkatakan mengenai isu ini. Biarlah kedua-dua pihak duduk berbincang,’’ katanya…