Hassan Karim tolak jadi Pengerusi PKR Johor - Utusan Malaysia

Hassan Karim tolak jadi Pengerusi PKR Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 17 Dis. – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim tidak mahu menerima pelantikan beliau sebagai Pengerusi Keadilan Negeri Johor oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hassan berterima kasih atas kepercayaan Anwar kepadanya, namun beliau membuat keputusan untuk menolak pelantikan tersebut berkuatkuasa hari ini.

“Pemilihan saya sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Johor turut dipertikaikan. Jadi adalah wajar saya meletakkan jawatan.

“Pengerusi baru perlulah dipilih secara lebih demokratis dan telus selaras dengan prinsip perjuangan reformasi PKR,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, beliau percaya PKR perlu meminda Perlembagaannya dalam fasal pemilihan Pengerusi MPN.

Hassan berkata, beliau kekal sebagai ahli biasa PKR serta Ahli Parlimen Pasir Gudang (Pakatan Harapan dan PKR) dan akan menyokong kepimpinan Anwar sebagai Presiden parti dan bakal Perdana Menteri Malaysia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN