Harimau Malaya melangkah ke pentas final Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018 dengan penuh dramatik apabila bangkit sebanyak dua kali untuk meraih keputusan 2-2, sekali gus menyingkirkan juara bertahan, Thailand pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand sebentar tadi. Keputusan tersebut sudah cukup buat Malaysia menempah perlawanan akhir menentang sama ada Vietnam atau Filipina berdasarkan kelebihan jaringan di tempat lawan. Pada aksi malam tadi, skuad…










