Hamzah Zainudin keluar UMNO - Utusan Malaysia

Hamzah Zainudin keluar UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 12 Dis. – Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin meletak jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Larut sekali gus meninggalkan parti itu, hari ini.

Surat peletakan jawatan beliau diserahkan melalui Pegawai Khasnya, Zulkifli Bujang kepada pegawai Setiausaha Agung UMNO di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur hari ini.

Zulkifli ketika dihubungi berkata, tindakan tersebut diputuskan Hamzah semata-mata untuk menyelamatkan dan memberi kestabilan politik kepada negara.

Katanya, langkah itu juga diambil setelah mendapati kepimpinan di dalam UMNO sendiri tidak mempunyai persetujuan yang sama dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahidi Hamid.

“Kita juga ada terbaca berkaitan kepimpinan dalam UMNO sendiri dimana Datuk Seri Hamzah sifatkan tidak mempunyai satu persetujuan yang sama dengan Presiden UMNO buat masa ini.

“Jadi, ini tindakan Datuk Seri Hamzah untuk keluar daripada parti dan saya mewakili beliau menyerahkan surat perletakan jawatannya hari ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×