Hamzah minta izin sebelum tinggalkan UMNO - Utusan Malaysia

Hamzah minta izin sebelum tinggalkan UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 14 Dis. – Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin ada memohon izin untuk meninggalkan parti semalam sebelum meletakkan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Larut secara rasmi pada hari ini.

Hamzah Zainuddin
Hamzah

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Dr. Muhammad Amin Zakaria berkata, ia dilafazkan pada akhir pertemuan bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian, ketua-ketua sayap Wanita dan Puteri UMNO serta ketua-ketua UMNO Cawangan Larut di Felda Ijok, malam semalam.

“Saya tiada dalam majlis itu kerana saya pun tahu lewat, sebab saya sudah sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Jadi, saya tidak tahu apa yang beliau beritahu secara terperinci.

“Namun, di akhir pertemuan itu, beliau maklumkan, beliau mohon izin untuk keluar dari UMNO sebelum diumum secara rasmi pada hari ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Online.

Menurut Muhammad Amin, beliau agak terkejut serta tidak menyangka keputusan yang diambil oleh Hamzah kerana sebagai seorang sahabat, pemimpin UMNO itu banyak membantu dalam melaksanakan program-program di Bahagian Larut.

Sehubungan itu, beliau berharap ahli-ahli parti dapat bertenang dan bersabar, malahan beliau juga telah meminta kerjasama kepemimpinan UMNO Perak untuk mengadakan pertemuan bagi menaikkan kembali semangat serta motivasi mereka.

“Beliau (Hamzah) mungkin ada alasan tersendiri untuk mengambil tindakan seperti itu. Jadi, kita pun tidak boleh hendak paksa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN