IPOH 14 Dis. – Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin ada memohon izin untuk meninggalkan parti semalam sebelum meletakkan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Larut secara rasmi pada hari ini. Hamzah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Dr. Muhammad Amin Zakaria berkata, ia dilafazkan pada akhir pertemuan bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian, ketua-ketua sayap Wanita dan Puteri UMNO serta ketua-ketua UMNO Cawangan Larut di Felda Ijok, malam semalam.…