ISTANBUL 9 Dis. – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyifatkan siri tunjuk perasaan yang dilakukan pergerakan ‘ves kuning’ khususnya bantahan kenaikan harga bahan api di Perancis mendedahkan kegagalan Eropah dalam sistem demokrasi dan hak asasi manusia. PressTv yang memetik Recep Tayyip sebagai berkata, tunjuk perasaan yang dilakukan secara besar-besaran itu juga menunjukkan Eropah gagal dalam menyediakan kebebasan bersuara terhadap rakyat. “Turki secara jelas membantah semua tunjuk perasaan yang mencetuskan keganasan serta kemusnahan. Namun, apa yang berlaku di Perancis secara jelas menunjukkan Eropah gagal mewujudkan sistem demokrasi, hak asasi manusia serta…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya