‘Green Woman City’ inisiatif MPSJ wujudkan bandar hijau - Utusan Malaysia

‘Green Woman City’ inisiatif MPSJ wujudkan bandar hijau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Dis. – Program‘Green Woman City’ anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bertujuan menjadikan daerah itu ‘Bandar Hijau’ menjelang tahun 2030.

Timbalan Pengarah MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, terdapat empat teras utama yang disasarkan dalam program tersebut iaitu keselamatan, jaringan keselamatan, ekonomi dan kesihatan.

“Semua perkara itu meliputi masalah wanita dalam golongan B40 meliputi program bantuan pelajaran untuk kanak-kanak, bantuan ekonomi seperti kerjaya dan banyak lagi.

“Kami juga mahu menyediakan daerah ini kawasan perumahan yang selesa, kemudahan yang boleh digunapakai orang ramai dan jaminan keselamatan,” katanya dalam lawatan ke Ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di sini hari ini.

Menurutnya, terdapat dua projek di bawah program berkenaan telah dijalankan walaupun perancangannya masih berjalan.

“Kami telah membuat senarai pelaksanaan dengan mendapatkan pandangan golongan wanita dalam banyak perkara melalui bengkel yang diadakan awal Mei lalu.

“MPSJ turut mengadakan projek ‘keremajaan’ di perumahan sekitar daerah ini dengan menyediakan ruang untuk penduduk bercucuk tanam. Semuanya demi sasaran bandar hijau pada 2030 nanti,” ujarnya.

Sementara itu, MPSJ turut menjalankan program Generasi Bestari (SmartGen) melibatkan 79 buah sekolah bertujuan mendidik kanak-kanak mengenai kehidupan bermasyarakat. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN