KUALA LUMPUR 10 Dis. – Nampaknya bukan mudah untuk memuaskan hati netizen. Terutamanya artis yang seringkali menjadi sasaran jika ada yang tidak kena pada pandangan mereka. Terbaharu, pelakon Fouziah Gous ditegur netizen kerana mengenakan pakaian yang tidak sesuai dengan gelaran Hajjah yang dibawanya. Fouziah yang memakai jeans dan kemeja T putih bersama tudung yang senada, memuat naik gambar tersebut di laman instagramnya sambil mempromosikan produk sarang burung yang diusahakannya. Layari…










