QUETTA 14 Dis. – Enam pegawai keselamatan terbunuh manakala 14 lagi cedera apabila kumpulan konvoi mereka ditembak bertalu-talu di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Iran, hari ini.
Menteri Penerangan wilayah itu, Zahoor Ahmed Buledi berkata, enam anggota pasukan berstatus separa tentera yang ditugaskan untuk menjaga sempadan wilayah itu terbunuh dalam pertempuran sengit sepanjang jalang raya di kawasan pergunungan di daerah Kech.
Bagaimanapun sehingga kini, tidak ada kumpulan yang bertanggungjawab atas serangan itu.
Wilayah Baluchistan menjadi sasaran beberapa serangan ke atas anggota keselamatan tetapi bilangan kejadian berskala besar menurun mendadak sejak 2016. – REUTERS










