Minat terhadap gaya Bollywood itu diterjemahkan Krish yang kini berusia 28 tahun menerusi puluhan rekaan busana di bawah label Bahadur Couture yang diperkenalkannya sejak tahun 2014. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Fesyen dari Kolej Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur itu baru-baru ini menampilkan 43 rekaan baharu menerusi koleksi Spring Summer 2019 di ibu kota baru-baru ini. Tidak sekadar berbakat dalam menghasilkan rekaan yang unik dengan gaya tersendiri, pemuda itu…










