KUALA LUMPUR 18 Dis. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati semua pihak supaya tidak melakukan tindakan yang boleh membangkitkan sensitiviti perkauman atau keagamaan ekoran insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya dekat sini pada bulan lalu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya akan terus mengambil langkah-langkah keselamatan sewajarnya bagi memastikan kesejahteraan masyarakat terjamin. Menurut beliau, ini bagi mengelakkan dari tercetusnya situasi ketidaktenteraman awam…










