SAUDARA PENGARANG, KEBELAKANGAN ini kita banyak dihidangkan dengan berita tentang kejadian keracunan makanan. Punca keracunan makanan bukan sahaja boleh berlaku di gerai makan tepi jalan malah boleh berpunca daripada makanan yang dikilangkan dalam industri makanan yang besar. Ramai yang tidak mengetahui bahawa dalam industri makanan terdapat beberapa sistem keselamatan dan jaminan kualiti makanan. Kebanyakan sistem yang diwujudkan berdasarkan kepada piawaian antarabangsa sebagai langkah untuk melindungi orang ramai daripada bahaya kesihatan…









